Sebagai pemerhati politik (bukan peminat tegar politik), negeri Perak ibarat negeri kedua saya kerana selama 10 tahun saya menetap di sana. Saya selalu mengambil tahu perkembangan negeri Perak sejak Ramli Ngah Talib menjadi Menteri Besar di negeri yang terkenal dengan sejarah Perjuangan Datuk Maharaja Lela ini .
Setelah berganti tahun, sejarah pertukaran tampuk pemerintahan telah tercipta pada Mac 2008 apabila para pembangkang yang menggelar diri mereka Pakatan Rakyat berjaya mendapat majoriti rakyat untuk memerintah.

(Gambar di atas: Siapa yang memerintah siapa? Siapa yang menjadi Menteri Besar? Siapa yang mempunyai kuasa tertinggi?)
Walau bagaimanapun, banyak kekalutan timbul sehinggakan rakyat Perak sudah confius tentang apa yg berlaku sekarang. Rakyat tertanya-tanya siapa Menteri Besar Perak sekarang? Kalau Nizar MB Perak, kenapa MB lebih 'buyers' kpd bukan kaum sendiri yang sepatutnta diberi perhatian dan pertolongan?
Bermula dengan krisis hendak memilih Menteri Besar. Puak-puak DAP masing-masing ingin mengetengahkan wakil mereka untuk menjadi MB sedangkan Hukum Kanun Negeri mensyaratkan bahawa MB adalah dari kalangan orang Melayu. Oleh kerana DAP gagal menjadi MB, maka didrafkan satu perjanjian yang lebih dikenali sebagai Perjanjian Pangkor 2 antara Wakil DAP (Nga Kor Ming-Pengerusi DAP Perak) dan wakil PAS ( Nizar) bagi membolehkan PAS menjadi Menteri Besar. Dalam hal ini, dikatakan Nizar terpaksa tandatangan. Antara isi kandungan:
i. Nizar sebagai MB tidak boleh menyebut Perak akan menjalankan pemerintahan Islam.
ii. Nizar sebagai MB tidak boleh menyebut mana-mana terma yang berkaitan dengan PAS atau bahasa Arab seperti Hudud, Qisas dan lain-lain lagi.
iii. Nizar sebagai MB tidak boleh membuat keputusan sendiri sebagai kuasa MB sebaliknya, semua perkara yg ingin dibuat perlu diperakukan oleh semua exco Perak terlebih dahulu.
iv. Pembahagian exco yg diputuskan adalah 6 wakil exco DAP, 3 wakil exco PKR dan 1 wakil PAS. DAP juga menuntut speaker DUN Perak dari wakil DAP.
Apakah kesannya dari perjanjian melampau ini?
Selepas itu, Karpal Singh mula bertindak kurang ajar bila mencabar Sultan dan tidak menghiraukan undang-undang. Di mana Nizar ketika itu? Ada dia tegur Karpal Singh yang lumpuh itu? Ah, rupa-rupanya Nizar terikat dengan perjanjian tu, sebab tulah dia diam..
Tak lama selepas itu, dicadangkan pula untuk memberikan status hak milik kekal 999 tahun kpd penduduk yg mendiami lot-lot tanah di kampung baru di seluruh negeri ini. Pada masa yang sama, kerajaan negeri hanya merancang memberikan status hak milik 99 tahun kepada penduduk di Rancangan Kampung Tersusun (RKT).Bukankah itu kebanyakannya akan menjadi milik orang Cina? Nizar ni, orang Melayu ke orang Cina? Lebih 'memberat' kepada orang Cina?
Dan sekarang, kerajaan Perak akan menganugerahkan 400 hektar tanah kepada sekolah persendirian Cina di Perak supaya ia dapat mengusahakan tanah berkenaan dan menggunakan keuntungan yang diperolehi untuk membiayai kos pentadbirannya. Orang Cina lagi? Adakah sekolah persendirian Cina ini miskin? Kalau miskin, mana lebih miskin dengan sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Jenis Tamil? Apakah ada agenda tersembunyi? Ye tak ye... Perjanjian Pangkor 2 masih belum tamat. Nampak benarlah si Nizar telah diikat untuk memenuhi permintaan puak-puak DAP. Kasihan Nizar. Dia akan dicucuk hidung selagi perjanjian itu masih belum tamat...
Di mana letaknya pemimpin PKR Melayu yang lain? Di mana Anwar? Dia ni Melayu ke tidak sehinggakan Ketua Pakatan Rakyat ini diam membisu? Mungkin juga ada perjanjian rahsia di antara Anwar dengan DAP sebagai syarat untuk menjadi Perdana Menteri, gamaknya ye..
Tapi, harus diingat, kita bimbang anak cucu kita di Perak nanti akan kencing di kubur atau menyumpah berpuluh-puluh karung guni sekiranya hak mereka yang sepatutnya akan dimiliki sudah tiada ekoran diberikan kepada orang lain..
Dan, saya sebagai bekas rakyat negeri Perak akan terus memerhati dan tengok apa yang Nizar akan buat lagi kepada rakyat Perak terutama Melayu sehingga perjanjian melampau itu tamat..
No comments:
Post a Comment