Tuesday, September 9, 2008

Azan dan Jawi: Akan lenyap di Malaysia?



Utusan Malaysia, 9 September, muka surat 7.Datuk Seri Khir Toyo menyatakan ada usaha untuk melarang penggunaan pembesar suara ketika azan dalam surau dan masjid di Puchong dan Kota Damansara. "Di Puchong dan Damansara ada pihak mahu azan di kawasan itu dihentikan atas alasan menganggu penduduk" kata Khir Toyo. Dalam Perkara 3 (1), Perlembagaan tercatat bahawa "Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan".Pada 9 Jun 2008, kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas negeri Selangor telah membuat pengumuman untuk menghapuskan peraturan mengehadkan rumah ibadat bukan Islam boleh dibina dengan keluasan melebihi 10,000 kaki persegi di negeri itu. Keputusan ini diumumkan oleh Dr. Xavier Jayakumar (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri, Naib Presiden PKR) bersama Ronnie Liu (Pengerusi Tetap Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Negeri, Exco DAP Pusat)

Berita Harian, 27 Mei 2008, mukasurat 13. Hassan Ali (Pesuruhjaya PAS Selangor) telah haramkan Islam Hadhari di Selangor.Iskandar Abdul Samad (Exco Kerajaan Negeri Selangor, Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Negeri Selangor) melihat cadangan Xavier dan Ronnie Liu ini mampu mengurangkan rumah ibadat bukan Islam yang dibina secara haram. Iskandar Abdul Samad menyatakan “Hak orang bukan Islam pun perlu dijaga, itu hak mereka dengan syarat mereka tidak menjejaskan atau mengancam hak orang lain. Boleh besar tetapi kena tengok tempat, jika menyebabkan sensitiviti orang Islam, ia tidak seharusnya dibina" (Utusan Malaysia, 10 Jun 2008, m/s 5). Bagaimana pula dengan azan mahu diperlahankan?Hassan Ali nyatakan Islam Hadhari diharamkan di Selangor. Apakah pula pendirian Hassan Ali dalam kes perlahankan azan ini? PAS bercita-cita menubuhkan negara Islam. Apakah usaha PAS dalam kerajaan negeri Selangor untuk menidakkan desakan memperlahankan azan ini? Jangan menganggap ianya membuang masa seperti Khalid Ibrahim. Usah hairan kalau ada orang Melayu PKR dan PAS yang berpandangan terbuka juga tentang isu azan ini, sebagaimana kes Namewee. Entah mengapa mereka jadi begitu. Ini soal parti atau agama?.
(dipetik daripada anginperubahan.blogspot)
Persoalannya, di mana suara lantang PAS yang selama ini pantang dicabar mengenai Islam. Mereka mendakwa UMNO tidak Islam. Bagaimana dengan mereka yang bersahabat baik dengan DAP dan tidak menegah perkara ini? Di mana Exco Halimah Ali, Hassan Ali dan lain-lain? Inilah yg dikatakan politik. Bila dapat kuasa, semua perkara yang tak boleh, sudah dibolehkan dengan pelbagai alasan yang tidak boleh diterima. Cukuplah.. tukarkan tudung yang labuh tu, tanggalkanlah serban tu kalau perkara ini pun tidak boleh diselesaikan..

Thursday, September 4, 2008

Kerana Kuasa...

Saya masih ingat, pada 27 Mac 2008, YB Khalid Samad (Ahli Parlimen PAS Shah Alam) menyatakan bahawa masyarakat Kristian tidak perlu takut untuk menggunakan terjemahan 'Allah' bg merujuk kalimah 'God' dalam ajaran Kristian. Khalid juga berpendapat bahawa perkataan 'Allah' hanyalah terjemahan kepada perkataan 'God'. Itu adalah ucapan seorang yang Berhormat beragama Islam.


Sebelum itu, pada 27 Disember 2007, dalam satu majlis sambutan hari Krismas di sebuah restoran Cina di Klang, Irene Fernandez (Bekas Timbalan Ketua Wanita PKR) mempersoalkan kenapa 'Allah' tidak boleh digunakan dalam akhbar Herald Tribune edisi Bahasa Inggeris. Selepas 19 hari menang sebagai Ahli Parlimen, Khalid Samad pula seolah senada dengan Irene Fernandez. Anwar Ibrahim yang dianggap sebagai Ketua Pakatan Rakyat berada sama dalam majlis yang dihidangkan dengan arak di restoran tersebut ketika Irene mempersoalkan kalimah 'Allah'. Mengapa Anwar hanya diam dan seolah-olah tidak mendengar (tengah sibuk untuk menulis atau menyain sesuatu) dan tidak menegur ketelanjuran yang dilakukan oleh Irene dan Khalid? Adakah kerana inginkan kuasa, maka ada di antara pemimpin Melayu yang sanggup mengiyakan apa org bukan Islam kata dan minta?


Begitu juga dengan Teresa Kok. Dia juga telah berjaya menaikkan nama jalan-jalan yang disukainya di Jalan Bukit Bintang, tanpa tulisan jawi sepertimana cadangan asal DBKL. Pada 26 Jun 2008, Teresa Kok mengepalai satu petisyen penduduk di Puchong kepada Datuk Satim Diman (ADUN Seri Kembangan) mencadangkan agar azan diperlahankan kerana didakwa mengganggu ketenteraman penduduk serta mengganggu tidur pagi mereka. Ianya sama seperti cadangan Tan Seng Giaw (Ahli Parlimen Kepong) dalam parlimen pada tahun lepas. Di manakah Hassan Ali (Exco dari PAS) dalam hal ini? Bukankah tindakan itu jelas jelas menentang Islam? Mengapa Penasihat Pakatan Rakyat tidak menegur pun mereka? Sampai bila orang orang PAS akan terus dipermainkan dalam Pakatan Rakyat antara DAP dan PKR? Dalam perkara ini, apakah kita lebih pentingkan ego parti dari soal agama dan maruah bangsa? Adakah kerana inginkan kuasa, orang PAS akan terus diam dan membisu? Di mana perginya suara Nik Aziz, Hj Hadi dan Mat Sabu yg sebelum ini nak menegakkan ajaran Islam yang sejati di Malaysia?


Alangkah sedihnya apabila melihat pemimpin Islam ini yang sudah dikunci oleh orang bukan Islam.


Dalam hal ini, PAS sememangnya pandai mempermainkan agama untuk mendapatkan perkongsian kuasa walaupun sekutu rapatnya itu menentang (sampai berkata langkah mayat aku dulu) dengan keras. PAS mahu menubuhkan sebuah negara Islam mengikut acuannya sendiri. PAS tidak suka mengakui bahawa diri mereka sudah diperbodoh dan dipergunakan oleh parti lain. PAS sebenarnya bukan memperjuangkan Islam tetapi hanya mengabui pengikutnya agar mereka mendapat kuasa dan jawatan semata-mata. Contohnya jelas apabila terjadinya Perjanjian Pangkor 2 2008 yang menandakan bermulanya era kejatuhan kuasa Melayu di Perak.


Sebagai kesimpulannya, KERANA MAHU KUASA.. ada orang kita sanggup membiarkan hak kita dirampas, agama dihina dan bangsa Melayu dimalukan. Itulah org Melayu yg patut dipersalahkan sekiranya kita hilang segala-galanya.

Tuesday, September 2, 2008

Perak oh Perak

Malaysia sudah lali dikejutkan dengan kisah yang berlaku di negeri Perak. Rakyat sudah bingung diperkotak-katikkan, para wakil rakyat BN sudah geram disindir-sindirkan, wakil rakyat PR sudah senyum YAB Nizar berjaya diguna-gunakan...

Sebagai pemerhati politik (bukan peminat tegar politik), negeri Perak ibarat negeri kedua saya kerana selama 10 tahun saya menetap di sana. Saya selalu mengambil tahu perkembangan negeri Perak sejak Ramli Ngah Talib menjadi Menteri Besar di negeri yang terkenal dengan sejarah Perjuangan Datuk Maharaja Lela ini .

Setelah berganti tahun, sejarah pertukaran tampuk pemerintahan telah tercipta pada Mac 2008 apabila para pembangkang yang menggelar diri mereka Pakatan Rakyat berjaya mendapat majoriti rakyat untuk memerintah.


(Gambar di atas: Siapa yang memerintah siapa? Siapa yang menjadi Menteri Besar? Siapa yang mempunyai kuasa tertinggi?)

Walau bagaimanapun, banyak kekalutan timbul sehinggakan rakyat Perak sudah confius tentang apa yg berlaku sekarang. Rakyat tertanya-tanya siapa Menteri Besar Perak sekarang? Kalau Nizar MB Perak, kenapa MB lebih 'buyers' kpd bukan kaum sendiri yang sepatutnta diberi perhatian dan pertolongan?

Bermula dengan krisis hendak memilih Menteri Besar. Puak-puak DAP masing-masing ingin mengetengahkan wakil mereka untuk menjadi MB sedangkan Hukum Kanun Negeri mensyaratkan bahawa MB adalah dari kalangan orang Melayu. Oleh kerana DAP gagal menjadi MB, maka didrafkan satu perjanjian yang lebih dikenali sebagai Perjanjian Pangkor 2 antara Wakil DAP (Nga Kor Ming-Pengerusi DAP Perak) dan wakil PAS ( Nizar) bagi membolehkan PAS menjadi Menteri Besar. Dalam hal ini, dikatakan Nizar terpaksa tandatangan. Antara isi kandungan:

i. Nizar sebagai MB tidak boleh menyebut Perak akan menjalankan pemerintahan Islam.

ii. Nizar sebagai MB tidak boleh menyebut mana-mana terma yang berkaitan dengan PAS atau bahasa Arab seperti Hudud, Qisas dan lain-lain lagi.

iii. Nizar sebagai MB tidak boleh membuat keputusan sendiri sebagai kuasa MB sebaliknya, semua perkara yg ingin dibuat perlu diperakukan oleh semua exco Perak terlebih dahulu.

iv. Pembahagian exco yg diputuskan adalah 6 wakil exco DAP, 3 wakil exco PKR dan 1 wakil PAS. DAP juga menuntut speaker DUN Perak dari wakil DAP.

Apakah kesannya dari perjanjian melampau ini?

Selepas itu, Karpal Singh mula bertindak kurang ajar bila mencabar Sultan dan tidak menghiraukan undang-undang. Di mana Nizar ketika itu? Ada dia tegur Karpal Singh yang lumpuh itu? Ah, rupa-rupanya Nizar terikat dengan perjanjian tu, sebab tulah dia diam..

Tak lama selepas itu, dicadangkan pula untuk memberikan status hak milik kekal 999 tahun kpd penduduk yg mendiami lot-lot tanah di kampung baru di seluruh negeri ini. Pada masa yang sama, kerajaan negeri hanya merancang memberikan status hak milik 99 tahun kepada penduduk di Rancangan Kampung Tersusun (RKT).Bukankah itu kebanyakannya akan menjadi milik orang Cina? Nizar ni, orang Melayu ke orang Cina? Lebih 'memberat' kepada orang Cina?

Dan sekarang, kerajaan Perak akan menganugerahkan 400 hektar tanah kepada sekolah persendirian Cina di Perak supaya ia dapat mengusahakan tanah berkenaan dan menggunakan keuntungan yang diperolehi untuk membiayai kos pentadbirannya. Orang Cina lagi? Adakah sekolah persendirian Cina ini miskin? Kalau miskin, mana lebih miskin dengan sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Jenis Tamil? Apakah ada agenda tersembunyi? Ye tak ye... Perjanjian Pangkor 2 masih belum tamat. Nampak benarlah si Nizar telah diikat untuk memenuhi permintaan puak-puak DAP. Kasihan Nizar. Dia akan dicucuk hidung selagi perjanjian itu masih belum tamat...
Di mana letaknya pemimpin PKR Melayu yang lain? Di mana Anwar? Dia ni Melayu ke tidak sehinggakan Ketua Pakatan Rakyat ini diam membisu? Mungkin juga ada perjanjian rahsia di antara Anwar dengan DAP sebagai syarat untuk menjadi Perdana Menteri, gamaknya ye..
Tapi, harus diingat, kita bimbang anak cucu kita di Perak nanti akan kencing di kubur atau menyumpah berpuluh-puluh karung guni sekiranya hak mereka yang sepatutnya akan dimiliki sudah tiada ekoran diberikan kepada orang lain..
Dan, saya sebagai bekas rakyat negeri Perak akan terus memerhati dan tengok apa yang Nizar akan buat lagi kepada rakyat Perak terutama Melayu sehingga perjanjian melampau itu tamat..