Thursday, May 15, 2008

Apa nak jadi (sampai skrg nak majukan babi)

apa nak jadi skrg ni.. Saya begitu terkejut dengan peristiwa yang telah berlaku sekarang ini iaitu isu Babi. Mengapa binatang ini cukup popular (walaupun dipandang jijik oleh orang Islam) pada masa ini mengalahkan harimau yang mengaum di rimba, itik yang pulang petang, kerbau yang menguek di bendang atau pun gajah yang mengganas di kampung-kampung. Apa tidaknya, babi akan diberi 'pengiktirafan' tidak lama lagi kerana akan diternak secara besar-besaran di Selangor, diberi kemudahan yang baik, sistem kumbahan yang elok, dan suntikan sebanyak RM 100 juta untuk hidup sejahtera. Kalah kehidupan rakyat nampaknya. Apa yang dikesalkan ialah mengapa orang Melayu sendiri yang menyokong. Baru-baru ini penulis masih teringat kata-kata salah seorang pemimpin sebuah parti politik yang dianggap 'popular' sekarang ini. Beliau berkata babi adalah haram, najis, mengapa diternak di sini (Selangor) dan sebagainya sebelum pilihanraya. Selepas pilihanraya, beliau membisu seribu bahasa kerana rakan seperjuangannya memutuskan bahawa babi akan diternak secara besar-besaran. Saya rasa beliau malu nak cakap bab ini sebab dah terlanjur cakap. Itulah, kalau nak bercakap, fikir-fikirlah. Dek kerana nak meraih undi, apa saja yang keluar di kepala dikeluarkan tanpa fikir apa kesan yang akan berlaku. Cukuplah.. kebanyakan rakyat Selangor yang tinggal di kawasan 'popular' itu sudah lama menderita dari segi 'bau yang harum semerbak'. Pindahlah kalau boleh makhluk berkaki empat tu di kawasan lain. Pulau Ketam ke atau di kawasan yang jauh dari penduduk. Barulah rakyat Selangor khususnya dapat hidup sejahtera. Kita tidak mahu luka lama berdarah kembali. Cukuplah peristiwa di Bukit Pelanduk menjadi ikhtibar. Orang Islam juga tidak terkecuali menjadi mangsa walaupun bukan penternak babi itu. Kita sebagai orang Islam perlu faham tentang perkara ini. Jangan jadikan Malaysia sebagai pengeksport babi utama dunia suatu hari nanti.

Apa nak jadi ni..


Kontroversi penyiaran gambar lima ekor "babi panggang" dalam laman web ahli Parlimen Seputeh & ADUN Kinrara, Selangor, Teresa Kok membawa kpd pengumuman oleh Teresa bahawa mesyuarat Exco Kerajaan Selangor pada 2 April 2008 telah meluluskan peruntukan RM 100 juta bagi tujuan pembinan ladang ternakan babi moden. Nampaknya Teresa Kok tengah bergembira bersama dgn pengikutnya dan babi panggang. Uh.. sedapnya..




Pas sudah kalah-Faisal Tehrani

(sedutan petikan Faizal Tehrani)
Antara beberapa petikan artikel Faisal Tehrani seorang akvitis muda PAS:
"Mula-mula terima babi, akhirnya PAS akan memperakukan Lina Joy. Saya akan beritahu anda bagaimana ini bakal berlaku. Sila bersabar."
"Saya tidak kata salah hal ladang babi itu. Tidak salah, tambah-tambah kalau betul caranya. Pengikut Theresa Kok makan babi tiga ekor dalam kenduri kemenangan mereka pun saya tak marah. Makanlah. Makan sampai tercekik dan senak pun saya tak larang. Siapa pula marah. Siapalah saya. Harakah dan Timbalan Presiden PAS pun sokong ladang babi. Sampai sanggup pekak telinga rungutan dan rasa marah jijik PAS kawasan Sepang. Bukan begitu Dr Halimah? Tak akan tak ada muslimat Sepang bisik-bisik? Bohonglah kalau tak ada."
"Kemudian setelah babi, beri betis hendak paha tentunya. Akan ada permintaan lain. Itu ini. Atas nama hak asasi maka akan masuk gereja untuk memberitahu, ya ini hak asasi. Kita pun mahukan kesamarataan. Mahu guna perkataan Allah di gereja? Sila...lagipun ini sekadar bahasa. Kebetulan kata Tuhan dalam bahasa Arab itu Allah. "
Kita utamakan kepentingan mereka dahulu. Kepentingan orang Islam? Ala, kemudianlah. Macam-macam alasan diberi. Maka PAS pun terperangkap. Kasihan Halimah Ali, masuk PAS lalu jadi exco, lalu jadi pembela babi. Tentu dia tak dapat tidur malam.
PAS terperangkap dalam jerat hak asasi, kesemarataan, atau hadiah pemberian. Rai dan rai dan rai segala keraian. Jangan bimbang, atas nama menjaga kesemarataan, atas nama harapan baru, dan berkebajikan maka mungkin Lina Joy yang lain pun kita dapat raikan. Lina Joy yang hari tu dah end of the story. Tambah-tambah alasan hak asasi itu akan jadi lebih berkesan dan munasabah kalau 'si pengguna jargon politik' datang dan temberang, PAS pun malu alah. PAS pun segan. Maklum, dapat kuasa sedikit-sedikit ini pun kerana pakatan sama-sama.
PAS sudah kalah. Dengan melihat bahasa politik iaitu menghimpun kekuasaan dan menggunakan kekuasaan, PAS sudah tidak boleh diharap dengan FASAL 5 nya lagi. Saya pun tidak harap lagi. Meski sejak tahun 87 dulu (seperti syarat parti yakni sebaik sahaja baligh) saya tertarik dengan FASAL 5 itu. Hari ini, tahun 2008 saya tahu FASAL 5 itu hiasan sahaja. FASAL 5 sudah terkorban. Pembetulan: FASAL 5 sudah dikorban.
Memang jijik bahasa politik ini. Macam Presiden PAS, dua kali sudah saya dengar beliau mengajak ahli-ahli parlimen BN masuk Pakatan Rakyat. Katanya, mereka yang akan jadi katak lompat ini tidak akan dibayar. Fuhh, sudah pandai bahasa politik Machiavelli rupanya. Lompat parti samada berbayar atau tidak berbayar adalah keji, adalah satu korupsi. Ia salah. Yang bermaruah, beretika dan tidak keji ialah letak jawatan dan bertanding sekali lagi. Baru jantan. Aneh, ada ulama mengulang bahasa politik begini.