Saya masih ingat, pada 27 Mac 2008, YB Khalid Samad (Ahli Parlimen PAS Shah Alam) menyatakan bahawa masyarakat Kristian tidak perlu takut untuk menggunakan terjemahan 'Allah' bg merujuk kalimah 'God' dalam ajaran Kristian. Khalid juga berpendapat bahawa perkataan 'Allah' hanyalah terjemahan kepada perkataan 'God'. Itu adalah ucapan seorang yang Berhormat beragama Islam.
Sebelum itu, pada 27 Disember 2007, dalam satu majlis sambutan hari Krismas di sebuah restoran Cina di Klang, Irene Fernandez (Bekas Timbalan Ketua Wanita PKR) mempersoalkan kenapa 'Allah' tidak boleh digunakan dalam akhbar Herald Tribune edisi Bahasa Inggeris. Selepas 19 hari menang sebagai Ahli Parlimen, Khalid Samad pula seolah senada dengan Irene Fernandez. Anwar Ibrahim yang dianggap sebagai Ketua Pakatan Rakyat berada sama dalam majlis yang dihidangkan dengan arak di restoran tersebut ketika Irene mempersoalkan kalimah 'Allah'. Mengapa Anwar hanya diam dan seolah-olah tidak mendengar (tengah sibuk untuk menulis atau menyain sesuatu) dan tidak menegur ketelanjuran yang dilakukan oleh Irene dan Khalid? Adakah kerana inginkan kuasa, maka ada di antara pemimpin Melayu yang sanggup mengiyakan apa org bukan Islam kata dan minta?
Begitu juga dengan Teresa Kok. Dia juga telah berjaya menaikkan nama jalan-jalan yang disukainya di Jalan Bukit Bintang, tanpa tulisan jawi sepertimana cadangan asal DBKL. Pada 26 Jun 2008, Teresa Kok mengepalai satu petisyen penduduk di Puchong kepada Datuk Satim Diman (ADUN Seri Kembangan) mencadangkan agar azan diperlahankan kerana didakwa mengganggu ketenteraman penduduk serta mengganggu tidur pagi mereka. Ianya sama seperti cadangan Tan Seng Giaw (Ahli Parlimen Kepong) dalam parlimen pada tahun lepas. Di manakah Hassan Ali (Exco dari PAS) dalam hal ini? Bukankah tindakan itu jelas jelas menentang Islam? Mengapa Penasihat Pakatan Rakyat tidak menegur pun mereka? Sampai bila orang orang PAS akan terus dipermainkan dalam Pakatan Rakyat antara DAP dan PKR? Dalam perkara ini, apakah kita lebih pentingkan ego parti dari soal agama dan maruah bangsa? Adakah kerana inginkan kuasa, orang PAS akan terus diam dan membisu? Di mana perginya suara Nik Aziz, Hj Hadi dan Mat Sabu yg sebelum ini nak menegakkan ajaran Islam yang sejati di Malaysia?
Alangkah sedihnya apabila melihat pemimpin Islam ini yang sudah dikunci oleh orang bukan Islam.
Dalam hal ini, PAS sememangnya pandai mempermainkan agama untuk mendapatkan perkongsian kuasa walaupun sekutu rapatnya itu menentang (sampai berkata langkah mayat aku dulu) dengan keras. PAS mahu menubuhkan sebuah negara Islam mengikut acuannya sendiri. PAS tidak suka mengakui bahawa diri mereka sudah diperbodoh dan dipergunakan oleh parti lain. PAS sebenarnya bukan memperjuangkan Islam tetapi hanya mengabui pengikutnya agar mereka mendapat kuasa dan jawatan semata-mata. Contohnya jelas apabila terjadinya Perjanjian Pangkor 2 2008 yang menandakan bermulanya era kejatuhan kuasa Melayu di Perak.
Sebagai kesimpulannya, KERANA MAHU KUASA.. ada orang kita sanggup membiarkan hak kita dirampas, agama dihina dan bangsa Melayu dimalukan. Itulah org Melayu yg patut dipersalahkan sekiranya kita hilang segala-galanya.
No comments:
Post a Comment