Monday, July 21, 2008

Pakatan Rakyat Oh Pakatan Rakyat

Genaplah sudah Pakatan Rakyat meraikan harijadi mereka setelah 100 hari memerintah negeri-negeri yang telah ditawan mereka. Genaplah juga pemerintahan BN selama 100 hari dengan diiringi oleh tangisan hiba mengenangkan kehilangan empat negeri 'kesayangan' seperti Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kedah. Walau bagaimanapun, BN tetap optimis akan merampas semula negeri-negeri yang telah kalah ini. Teori ini berdasarkan kepada beberapa peristiwa yang memberi 'advantage' kepada BN terutama yang melibatkan Pakatan Rakyat.
Antaranya:

1. Pakatan Rakyat sudah tidak nampak berpakat.

Kekacauan yang berlaku di dalam pakatan ini sudah nampak jelas. PAS tetap dengan slogan negara Islamnya nampaknya semakin dianaktirikan tatkala PKR dan DAP sentiasa menunjukkan taringnya. PAS semakin kurang berminat dengan segala perbincangan sesama Pakatan kerana dikatakan Pakatan sudah tidak 'berpijak di alam yang nyata'. Kalau dahulunya, kebajikan dan kesejahteraan rakyat menjadi fokus utama, sekarang ia sudah lari dari matlamat ini. Segala tunjuk perasaan, demontrasi dan seumpamanya sudah kurang diterima oleh rakyat. Perkara ini jelas sempena perhimpunan mereka di Stadium Kelana Jaya pada 6 Julai 2008. Matlamat untuk mengumpulkan ramai orang tidak tercapai. Orang yang hadir terus balik pun ada. Mana taknya, orang-orang PAS yang 'kuat berpegang pada agama' terkejut beruk akibat persembahan liar sebuah kumpulan bernama Carburetor Dung yang entah dari mana datangnya yang dianggap lucah dari segi tajuk lagu dan aksinya oleh penyokong PAS terutamanya. Dari mana datangnya kumpulan ini? Siapa yang jemputnya? Adakah insiden menunjukkan punggung ini seolah-olah menyamakan apa yang telah terjadi kepada penasihat PKR? Setahu saya, penganjurnya adalah orang Melayu-Islam yang cukup 'dalam' agamanya. Penulis juga hairan kemana perginya ayam jaguh demontrasi PAS iaitu Mat Sabu. Beliau sudah mula menumpulkan tajinya akibat sudah tidak yakin dengan Pakatan Rakyat yang jelas berjuang untuk Anwar sahaja.

2. Perjuangan yang semakin keliru
Entah apa yang akan berlaku pada masa akan datang, keluh seorang penyokong PKR selama ini. Penulis sempat berkenalan dengan orang ini semasa hendak pulang ke kampung dengan menaiki bas di Hentian Kajang. Si polan ini memberitahu, PKR semasa dekat pilihanraya menyatakan akan menolong rakyat dari segi kebajikan, kesejahteraan dan kesenangan. Banyak janji ditaburkan. Sekarang, habuk pun tarak..katanya dengan nada kecewa. Dia menambah lagi, babi suatu hari nanti akan lebih baik daripada manusia, tidak akan sakit perut, loya atau pening-pening kerana akan dijaga dengan baik nanti. Manusia pula akan sentiasa berpenyakit terutama yang tinggal di kawasan kampung babi itu. Bukan itu saja, si polan itu turut menyelar usaha kerajaan negeri Selangor yang diketuai oleh Melayu-Islam telah menyatakan persetujuan untuk membenarkan penajaan syarikat arak sempena perlawanan persahabatan Malaysia-Chelsea pada 29 Julai 2008 nanti.

3. Tindak-tanduk PAS yang lebih berpakat dengan UMNO.
Penulis baru sedari bahawa rupa-rupanya sudah ada 3 kali pertemuan antara UMNO dengan PAS menurut pendedahan YAB PM yang melibatkan pemimpin tertinggai kedua-dua parti. Haji Hadi yang dulunya sangat menjauhi UMNO, sanggup berpeluk dengan Lim Kit Siang, sudah mula insaf dan nampak mahu berpakat dengan UMNO demi masa depan bangsa, agama dan negara. Terbaru, angkatan PAS Terengganu telah sudi menjejakkan kaki ke pejabat YAB Menteri Besar Terengganu untuk berbincang. PAS merasakan lebih baik berpakat dengan UMNO yang mempunyai latar belakang yang sama dari segi bangsa dan agama. Adakah ini menunjukkan bahawa pakatan rakyat semakin longgar?


4. Kesangsian ahli PKR terhadap penasihat mereka.
Tika dan saat ini, berbagai peristiwa hitam telah berlaku kepada pemimpin idola mereka. Laporan polis yang dibuat oleh Saudara Saiful berkenaan kes liwat mengejutkan lagi ahli PKR dari tidur yang lena. Mereka tergamam.. betul ke ni atau sandiwara atau kospirasi. Tindakan berani saudara Saiful yang mahukan bersumpah menjejaskan keyakinan ahli Pakatan Rakyat terhadap pemimpin de facto ini. DSAI pula mengatakan ini kospirasi untuk menjatuhkan beliau buat kali kedua. Ditambah lagi dengan kengganan beliau memberikan sampel DNA kepada polis telah mengkucar-kacirkan perasaan pengikutnya. Semua ini telah menyebabkan ahli-ahli PKR sudah bingung sama sekali. Parti PAS dan DAP pun sudah mula kurang yakin dengan kejujuran anwar.

5. Kesangsian rakyat terhadap tarikh keramat 16 September
Rakyat Malaysia terutama ahli-ahli Pakatan Rakyat sudah meragui kebenaran bahawa berjaya atau tidak Perikatan Rakyat membentuk kabinet sendiri nanti. Keadaan ini nampak samar kerana tiada seorangpun ahli Parlimen BN yang membuat pendedahan untuk melompat parti. Mereka masih sayangkan BN demi rakyat dan negara walaupun pernah ditawarkan duit yang cukup untuk 3 generasi. Pengikut PKR sudah bosan, pengikut PAS sudah hairan, pengikut DAP sudah kepanasan kerana hasrat mereka untuk memerintah Malaysia sudah jauh digenggaman..

kepada rakyat Malaysia,
Lima sebab sudah memadai menjadi tanda bahawa Pakatan Rakyat akan berkubur...



1 comment:

Desperado said...

Salam Tuan PENJEJAK ARUS...

Masyarakt perlu lebih pendedahan tentang kekalutan yang berlaku di dalam PKR dan disamping itu UMNO sendiri harus memperbaiki isu dalaman mereka bagi meyakinkan kembali rakyat!

Izinkan saya linkkan blog saudara ke blog saya...

www.pilihananda08.blogspot.com